MENU

Selasa, 1 Mei 2012

Nasi Goreng Daging

Khamis, 26 April 2012

Nasi Putih Bersama Ikan Masak Merah


Semenjak beberapa hari aku asyik ambil gambar makanan, kawan-kawan aku dah boleh agak bahawa aku ada blog pasal makan cuma diorang still tak tahu lagi nama blog ni. Apa pun enjoyce gambar Nasi Lemak Ayam kat bawah ni dan disertakan sekali sekeping gambar housemate aku yang nak juga interprem masuk dalam blog ni. Siap posing ala gaya model makanan lagi tu.

Nasi Lemak Ayam

Khamis, 19 April 2012

Selamat malam semua. Dah banyak hari tak update blog ni sebab terlalu sibuk dan apabila sibuk perut cepat berasa lapar. Bila lapar pula aku terus makan dan terus lupa untuk ambil gambar makanan terlebih dahulu. Pada petang tadi, menu yang aku makan adalah Mee Goreng Pasar Malam yang dibeli di sekitar area Kuala Perlis. Namun mee goreng saja tak memadai untuk isi perut yang satu hari tak makan, aku tambah seketul ayam goreng yang sangat besar bagi menambahkan lagi selera sewaktu makan bersama mee goreng.

At least takde la rasa bosan sangat sebab ada kepelbagaian makanan iaitu ayam goreng dan mee goreng. Kalau makan mee saja aku memang cepat bosan dan terus rasa malas nak makan sampai habis. Paling kurang pun kena ada telur mata baru la uuummpphhh sikit. Apa pun perut dah kenyang dan kat bawah ade sedikit gambar mee goreng pasar malam tadi. :)


Mee Goreng Pasar Malam

Ahad, 15 April 2012

3 Lauk Dalam 1 Hari

Sabtu, 14 April 2012

Semalam dalam pukul 6.30 petang, aku dan keluarga ada makan Kek Secret Recipe. Sebanyak 3 kek dibeli semalam iaitu Chocolate Indulgence, Blueberry Cheesecake, dan satu lagi aku tak tahu nama ape sebab akak tu tersalah letak 1 kek. Aku nak Classic Cheese tapi kek yang diletak macam Chocolate ape tah. Ape pun alang-alang dah beli, balun je la janji rasa best dan hepi masa makan. Aku punya Blueberry Cheese sebab aku tahu kek lain banyak yang rasa agak muak tapi Blueberry Cheese tak sangat sebab ada rasa masam Blueberry.

Mak dan ayah lepas cuba beberapa suap Kek Secret Recipe terus dah taknak makan sebab diorang tak tahan dengan muak yang ada pada kek. Biasa la orang tua mana boleh makan makanan muak macam ni sebab boleh buatkan diorang penin. Lepas tu sepanjang petang hanya aku dan adik-adik yang habiskan 3 kek tu. Puas dapat makan kek sebab ini kali pertama makan kek pada bulan ni. Next round bulan depan pulak.




Kek Secret Recipe