Selasa, 1 Mei 2012

Nasi Goreng Daging

Khamis, 26 April 2012

Nasi Putih Bersama Ikan Masak Merah


Semenjak beberapa hari aku asyik ambil gambar makanan, kawan-kawan aku dah boleh agak bahawa aku ada blog pasal makan cuma diorang still tak tahu lagi nama blog ni. Apa pun enjoyce gambar Nasi Lemak Ayam kat bawah ni dan disertakan sekali sekeping gambar housemate aku yang nak juga interprem masuk dalam blog ni. Siap posing ala gaya model makanan lagi tu.

Nasi Lemak Ayam

Khamis, 19 April 2012

Selamat malam semua. Dah banyak hari tak update blog ni sebab terlalu sibuk dan apabila sibuk perut cepat berasa lapar. Bila lapar pula aku terus makan dan terus lupa untuk ambil gambar makanan terlebih dahulu. Pada petang tadi, menu yang aku makan adalah Mee Goreng Pasar Malam yang dibeli di sekitar area Kuala Perlis. Namun mee goreng saja tak memadai untuk isi perut yang satu hari tak makan, aku tambah seketul ayam goreng yang sangat besar bagi menambahkan lagi selera sewaktu makan bersama mee goreng.

At least takde la rasa bosan sangat sebab ada kepelbagaian makanan iaitu ayam goreng dan mee goreng. Kalau makan mee saja aku memang cepat bosan dan terus rasa malas nak makan sampai habis. Paling kurang pun kena ada telur mata baru la uuummpphhh sikit. Apa pun perut dah kenyang dan kat bawah ade sedikit gambar mee goreng pasar malam tadi. :)


Mee Goreng Pasar Malam

Ahad, 15 April 2012

3 Lauk Dalam 1 Hari

Sabtu, 14 April 2012

Semalam dalam pukul 6.30 petang, aku dan keluarga ada makan Kek Secret Recipe. Sebanyak 3 kek dibeli semalam iaitu Chocolate Indulgence, Blueberry Cheesecake, dan satu lagi aku tak tahu nama ape sebab akak tu tersalah letak 1 kek. Aku nak Classic Cheese tapi kek yang diletak macam Chocolate ape tah. Ape pun alang-alang dah beli, balun je la janji rasa best dan hepi masa makan. Aku punya Blueberry Cheese sebab aku tahu kek lain banyak yang rasa agak muak tapi Blueberry Cheese tak sangat sebab ada rasa masam Blueberry.

Mak dan ayah lepas cuba beberapa suap Kek Secret Recipe terus dah taknak makan sebab diorang tak tahan dengan muak yang ada pada kek. Biasa la orang tua mana boleh makan makanan muak macam ni sebab boleh buatkan diorang penin. Lepas tu sepanjang petang hanya aku dan adik-adik yang habiskan 3 kek tu. Puas dapat makan kek sebab ini kali pertama makan kek pada bulan ni. Next round bulan depan pulak.




Kek Secret Recipe

Jumaat, 13 April 2012

Nasi Minyak Ibuku

Khamis, 12 April 2012

Waffle Coklat Di Kala Petang tuuu. Setiap kali aku balik ke rumah menikmati musim cuti, pasti akan juga menikmati Waffle Coklat bersama keluarga. Tadi lepas asar aku pergi beli waffle untuk dimakan seramai 4 orang ahli keluarga aku dan kami semua makan sambil memandang suasana waktu petang di kawasan luar rumah. Syok dapat makan waffle bersama dengan air teh panas dan ditambah lagi dengan suasana melihat gelagat manusia di kala petang.

Sebenarnya ni makanan ke 2 untuk hari ni. First untuk lunch tadi makan mi sup yang mana aku terlupa nak snap gambar. Ni la masalahnya kalau tak alert ade blog Diari Makanan sampaikan asyik terlupa nak snap gambar-gambar makanan untuk diupload ke blog. Ape pun Waffle Coklat memang sangat best dan kalau makan bersama ice cream lagi masyuk. Rasa coklat bercampur dengan Vanilla ice cream. Heaven !!!



Waffle Coklat Di Kala Petang

Santapan pada malam ini adalah Ikan Terbuk Goreng yang mana aku sendiri goreng dan dibantu oleh adik perempuan. Kalau aku sorang je yang goreng memang tak tahu la sama ada dah masak atau tak. Silap hari bulan boleh hangus ikan tu duk dalam kuali. Bagi yang tak pernah makan, ikan ni kena makan dengan hati-hati sebab banyak sangat tulang-tulang halus dalam daging ikan. First time aku makan ni dulu terus terlekat tulang ikan yang halus kat keronkong dan sangat menyeksakan nak atasi seksa tu.

Lepas daripada insiden tu, aku dah start hati-hati bila makan Ikan Terbuk ni. Tapi ikan ni sangat sedap dan kalau tak percaya boleh la beli satu dan masak sendiri kat rumah. Konpem Umpphhh punya masa makan. Mak aku cakap ikan ni sebenarnya asal daripada sarawak tapi macam mana mak aku beli kat sini aku pun tak tahu. Takpe la semua tu janji dapat merasa dan puas hati dengan ikan ni.



Ikan Terbuk Goreng

Rabu, 11 April 2012

Sotong Sambal Masak Merah

Selasa, 10 April 2012

Sayur Masak Lemak Dan Ayam Masak Sambal Merah

Isnin, 9 April 2012

Bubur Jagung Santapan Malam

Bagi yang tinggal di Kuala Besut, Terengganu pasti kenal dengan 1 kedai yang dekat dengan simpang menuju ke Pasir Putih. Disitu ade jual nasi lemak, nasi kerabu dan juga roti canai. Pada waktu malam memang sangat ramai yang berkunjung ke kedai tu untuk beli nasi lemak dan juga nasi kerabu. Petang ni aku ambil kesempatan dengan masa yang terluang ini dengan membeli Nasi Lemak Ayam kat kedai tersebut. Harganya RM 3.50 sekali dengan telur yang dihiris separuh. Kalau takde telur mungkin dalam RM 3 je kot. Apa pun rasanya agak sedap dan kena dengan selera makan aku yang agak cerewet ini. Bagi sesiapa yang nak mencuba nasi lemak kat sini boleh la datang berkunjung ke Kuala Besut, Terengganu.


Nasi Lemak Ayam Di Kuala Besut

Untuk post pertama blog ini, aku akan tayangkan makanan sewaktu lunch tadi iaitu Ikan Keli Masak Merah Dan Roti Goreng. Lauk ni hanya mampu dibeli kat kedai je sebab nak buat sendiri aku masih tak pandai nak memasak. Sikit-sikit tu boleh la. Ikan keli masak merah ini sangat sedap kerana rasa sos agak manis dan ikan itu sendiri digoreng dengan cukup ranggup. Kalau ada siapa yang nak cuba, boleh la buat masakan Ikan Keli Masak Merah ini. Oh ya sedikit kuih muih sewaktu sarapan pagi masih lagi elok iaitu Roti Goreng. Alang-alang dah tinggal sikit je lagi, lebih baik habiskan terus daripada membazir.


Ikan Keli Masak Merah Dan Roti Goreng