Lunch untuk hari ni adalah Sotong Sambal Masak Merah yang dimasak oleh emak. Dah lama tak makan sotong masakan emak dan kalau nak tahu sotong memang merupakan makanan kegemaran aku dan semua lauk yang berkaitan dengan sotong aku suka kecuali Sotong singgang. Kalau goreng-goreng dan juga celup tepung lagi la masyuk untuk santapan pada waktu petang bersama ikan bakar yang selalu menjadi menu sewaktu aku berada di Perlis Indera Kayangan.
Apa pun sotong sambal masak merah yang dimasak oleh emak ni tak pernah mengecewakan selera makan aku. Biasa la masakan emak sendiri mesti la sedap gile kan ? and...and...and hari ni juga aku dapat makan masak emak. Biasanya dalam post-post yang sebelum ni semuanya lauk beli di kedai kerana emak aku sangat sibuk dan balik pada waktu petang. So nak tak nak kena la beli lauk di kedai kalau nak makan tengah hari tu.