Khamis, 26 April 2012

Nasi Putih Bersama Ikan Masak Merah

with 2 comments
Beberapa hari ni selera makan aku agak lain sikit dan kebanyakan lauk yang selalu aku makan pada setiap hari tiba-tiba saja rasa sangat bosan untuk dimakan pada minggu ni. Tak tahu mana yang silap tapi aku yang sangat susah untuk makan ikan suddenly terdetik di hati untuk mengambil Nasi Putih Bersama Ikan Masak Merah sebagai santapan tengah hari. Hasilnya memang sangat puas setelah makan dan aku tak pernah rasa puas macam ni sewaktu makan bersama ayam.

Mungkin kerana ayam dah makan pada setiap hari ( yeeeerrr aku tiap hari makan ayam ) jadi keistimewaan yang ada pada ayam tu dah rasa sangat biasa menyebabkan lauk lain rasa sangat sedap. Rasa ikan masak merah ini memang kena dengan selera aku dimana ada rasa manis, dan sedikit pedas yang mana tidak membuatkan aku berasa boring sambil makan. Kalau hanya sekadar manis je memang cepat bosan waktu makan kan ? At least ade pedas sikit dah cukup untuk sedapkan lagi rasa.



Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Peluang Kerja Seumur Hidup berkata...

    Ikan masak merah? Tu memang feveret ai. ai suka makan yang merah2 dan pedas.

  2. Firdaus Life berkata...

    hehe kalau dah bosan dengan ayam, memang akan cari ikan masak merah

Catat Ulasan