Khamis, 19 April 2012

Mee Goreng Pasar Malam

with 0 comments
Selamat malam semua. Dah banyak hari tak update blog ni sebab terlalu sibuk dan apabila sibuk perut cepat berasa lapar. Bila lapar pula aku terus makan dan terus lupa untuk ambil gambar makanan terlebih dahulu. Pada petang tadi, menu yang aku makan adalah Mee Goreng Pasar Malam yang dibeli di sekitar area Kuala Perlis. Namun mee goreng saja tak memadai untuk isi perut yang satu hari tak makan, aku tambah seketul ayam goreng yang sangat besar bagi menambahkan lagi selera sewaktu makan bersama mee goreng.

At least takde la rasa bosan sangat sebab ada kepelbagaian makanan iaitu ayam goreng dan mee goreng. Kalau makan mee saja aku memang cepat bosan dan terus rasa malas nak makan sampai habis. Paling kurang pun kena ada telur mata baru la uuummpphhh sikit. Apa pun perut dah kenyang dan kat bawah ade sedikit gambar mee goreng pasar malam tadi. :)


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan