Selasa, 10 April 2012

Sayur Masak Lemak Dan Ayam Masak Sambal Merah

with 0 comments
Untuk santapan tengah hari tadi, aku makan Sayur Masak Lemak Dan Ayam Masak Sambal Merah. Semua lauk tu macam biasa la dibeli sebab aku memang tak pandai memasak. Miahaha. Bagi aku sayur masak lemak dan juga ayam masak sambal merah ni bukan kombinasi yang match kerana biasanya aku makan sayur masak lemak bersama ayam goreng dan diselerakan lagi dengan budu. Bagi aku kombinasi budu, sayur masak lemak dan ayam goreng memang sangat umppphhhhhh !!!

Tapi ayam masak sambal merah yang dibeli ini pun sangat sedap kerana rasanya cukup manis dan agak pedas sedikit yang mana menambahkan lagi kesedapan. Sayur masak lemak pula seperti biasa jarang mengecewakan aku tak kira tempat mana aku makan kerana taste sangat sesuai dengan selera makan aku. Bagi yang suka makanan kampung, mesti akan makan sayur masak lemak bersama dengan ulam. 


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan