Khamis, 12 April 2012

Ikan Terbuk Goreng

with 0 comments
Santapan pada malam ini adalah Ikan Terbuk Goreng yang mana aku sendiri goreng dan dibantu oleh adik perempuan. Kalau aku sorang je yang goreng memang tak tahu la sama ada dah masak atau tak. Silap hari bulan boleh hangus ikan tu duk dalam kuali. Bagi yang tak pernah makan, ikan ni kena makan dengan hati-hati sebab banyak sangat tulang-tulang halus dalam daging ikan. First time aku makan ni dulu terus terlekat tulang ikan yang halus kat keronkong dan sangat menyeksakan nak atasi seksa tu.

Lepas daripada insiden tu, aku dah start hati-hati bila makan Ikan Terbuk ni. Tapi ikan ni sangat sedap dan kalau tak percaya boleh la beli satu dan masak sendiri kat rumah. Konpem Umpphhh punya masa makan. Mak aku cakap ikan ni sebenarnya asal daripada sarawak tapi macam mana mak aku beli kat sini aku pun tak tahu. Takpe la semua tu janji dapat merasa dan puas hati dengan ikan ni.



Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan