Nasi Minyak Ibuku ini sebenarnya 100% hasil masakan emak. He he hari ni hari jumaat jadi area Pantai Timur belah kelantan dan terengganu cuti dan my mum pun cuti berkerja. Bila hari cuti dan tiada kerja yang nak dibuat, biasanya my mum akan memasak something yang best dan kali ni dia buat Nasi Minyak. Bagi orang area Pantai Barat mesti sangat pelik bila dengar nasi minyak dimakan pada hari biasa kan ?
Well di pantai timur nasi minyak bukan saja ada pada hari kenduri malah sesetengah kedai yang jual nasi bungkus sebagai sarapan pagi pun ada dijual nasi minyak. Cool gile kan ? Anyway seminggu cuti ni dapat juga aku makan masakan emak. Walaupun tak banyak tapi ok la dapat makan juga daripada tak dapat lansung. Cuti pun dah nak habis dan ahad ni dah bertolak balik ke Perlis untuk sambung sesi pengajian.
Enjoy nasi minyak di bawah. Siap ada ayam panggang lagi tu :)