Khamis, 12 April 2012

Waffle Coklat Di Kala Petang

with 0 comments
Waffle Coklat Di Kala Petang tuuu. Setiap kali aku balik ke rumah menikmati musim cuti, pasti akan juga menikmati Waffle Coklat bersama keluarga. Tadi lepas asar aku pergi beli waffle untuk dimakan seramai 4 orang ahli keluarga aku dan kami semua makan sambil memandang suasana waktu petang di kawasan luar rumah. Syok dapat makan waffle bersama dengan air teh panas dan ditambah lagi dengan suasana melihat gelagat manusia di kala petang.

Sebenarnya ni makanan ke 2 untuk hari ni. First untuk lunch tadi makan mi sup yang mana aku terlupa nak snap gambar. Ni la masalahnya kalau tak alert ade blog Diari Makanan sampaikan asyik terlupa nak snap gambar-gambar makanan untuk diupload ke blog. Ape pun Waffle Coklat memang sangat best dan kalau makan bersama ice cream lagi masyuk. Rasa coklat bercampur dengan Vanilla ice cream. Heaven !!!



Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan