Sabtu, 14 April 2012

Kek Secret Recipe

with 2 comments
Semalam dalam pukul 6.30 petang, aku dan keluarga ada makan Kek Secret Recipe. Sebanyak 3 kek dibeli semalam iaitu Chocolate Indulgence, Blueberry Cheesecake, dan satu lagi aku tak tahu nama ape sebab akak tu tersalah letak 1 kek. Aku nak Classic Cheese tapi kek yang diletak macam Chocolate ape tah. Ape pun alang-alang dah beli, balun je la janji rasa best dan hepi masa makan. Aku punya Blueberry Cheese sebab aku tahu kek lain banyak yang rasa agak muak tapi Blueberry Cheese tak sangat sebab ada rasa masam Blueberry.

Mak dan ayah lepas cuba beberapa suap Kek Secret Recipe terus dah taknak makan sebab diorang tak tahan dengan muak yang ada pada kek. Biasa la orang tua mana boleh makan makanan muak macam ni sebab boleh buatkan diorang penin. Lepas tu sepanjang petang hanya aku dan adik-adik yang habiskan 3 kek tu. Puas dapat makan kek sebab ini kali pertama makan kek pada bulan ni. Next round bulan depan pulak.




Comments
2 Comments

2 comments:

  1. Unknown berkata...

    aduhaiiii .. ni yang terasa nak pergi beli jugak ni .. godaan , godaan .. haha!

  2. Firdaus Life berkata...

    haha ape tunggu lagi. pergi la beli tia

Catat Ulasan